Jika bertanyakan pendapat orang ramai tentang cupcake, pasti mereka akan menyukainya. Cupcake telah menjadi salah satu hidangan kegemaran sekeluarga tidak kira semasa berkelah mahupun sedang bersantai.
Pada asasnya, cupcake diperbuat daripada 4 bahan asas yang terdiri daripada gula, tepung, mentega dan telur. Disebabkan saiznya yang kecil, biasanya jumlah masa yang diperuntukkan agak pendek.
Membuat cupcake bukanlah sesuatu perkara yang mudah untuk dilakukan. Tentu ianya susah bagi mereka yang masih baru belajar kan? Berikut adalah beberapa tips untuk membantu anda untuk membuat cupcake yang lebih sempurna.
1) Mengukur Setiap Ramuan
Ini adalah sangat penting kerana ukuran yang sempurna mampu menghasilkan cupcake yang sedap! Bahan-bahan seperti gula, telur, mentega dan juga tepung merupakan 4 bahan asas yang anda perlu ukur. Anda boleh dapatkan maklumat tentang cara pengukuran bagi setiap bahan disumber internet dan majalah-majalah resepi.
2) Pilih Bahan-Bahan yang Berkualiti
Untuk menghasilkan cupcake yang terbaik, anda juga perlu menggunakan bahan-bahan yang berkualiti. Jangan buang masa anda dan merosakkan kerja anda sendiri dengan menggunakan bahan-bahan yang berkualiti rendah. Harga yang mahal pasti menjadi masalah utama anda, tetapi ianya berbaloi untuk setiap sen yang anda bayar.
3) Pastikan Bahan-Bahan Dalam Keadaan Baik
Anda harus sentiasa memastikan bahawa anda menyimpan semua bahan pada suhu bilik yang tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas. Menyimpan bahan-bahan seperti mentega pada suhu bilik akan membantu proses pencampuran lebih mudah kerana ianya tidak terlalu keras atau terlalu lembut.
Jika resepi itu memerlukan susu, anda dinasihatkan untuk menggunakan susu sejuk. Pencampuran boleh menjadi satu proses yang agak rumit juga.
4) Adunan Tidak Diisi Sehingga Penuh
Apabila menuang adunan ke dalam cupcake liner, anda hanya perlu isi 2/3 daripada pelapik. Jika tidak, ia boleh menyebabkan adunan cupcake menitis keluar daripada acuan. Ini menyebabkan bahagian tengah-tengah (dalam) cupcake anda tidak akan dibakar dengan sempurna.
5) Tentukan Haba yang Sesuai Sebelum Proses Pembakaran
Anda perlu memastikan bahawa suhu haba ketuhar anda sebelum proses pembakaran. Pastikan ia mencapai suhu yang sesuai sebelum meletakkan adunan cupcake ke dalam ketuhar, jika tidak berkemungkinan cupcake anda tidak dibakar sama rata.
Sekarang anda tahu sedikit sebanyak asas untuk membuat cupcake dengan baik. Anda boleh mula membuat hidangan yang lazat untuk keluarga dan rakan-rakan anda. Selamat berjaya!
No comments:
Post a Comment